Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Perutusan Datuk BandarPerutusan Datuk Bandar

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SARAWAK TAHUN 2018

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Salam Sejahtera….

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sarawak yang ke-55 kepada seluruh warga Bumi Kenyalang.

Seperti yang kita sedia maklum, sebagai rakyat Sarawak, tarikh 22 Julai 1963 merupakan satu tarikh yang amat penting untuk diingati kerana pada hari itulah Sarawak ditadbir oleh anak Sarawak sendiri dan bebas daripada penjajah.

Justeru, adalah sewajarnya kita sebagai warga Sarawak untuk terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini kerana ianya sangat penting bagi memastikan negeri Sarawak maju dan berjaya.

Selain itu, kita juga harus sentiasa bersyukur kerana sehingga pada saat ini, bumi Sarawak nan bertuah ini terus aman. Dengan kira-kira 27 etnik utama mendiami Sarawak kita mampu mengekalkan semangat perpaduan. Perbezaan tidak memisahkan kita,          sebaliknya kita telah bersatu dalam kepelbagaian kerana saling memahami dan menghormati.                                                   

Untuk itu, adalah wajar kita berbangga tatkala Bumi Kenyalang diisyitihar sebagai Bandaraya Perpaduan pada 1 Ogos 2015 yang lepas.

2018, genap 30 tahun usia Bandaraya kita. Di usia 30 tahun, pasti kita sudah cukup matang dalam menetapkan halatuju sebuah bandar raya. Apa yang pasti hasrat utama kita adalah untuk menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar raya yang selesa dan selamat didiami.

Sebelum mengundur diri, dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru agar seluruh rakyat Sarawak untuk terus bersatu padu dan terus berusaha untuk mempertahankan kehormonian Sarawak demi kepentingan dan kesejahteraan kita semua.

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sarawak yang ke-55 dan Selamat Menyambut Hari Bandaraya yang ke-30 saya ucapkan kepada seluruh warga Bandaraya Kuching dan seluruh rakyat negeri Sarawak!!

Sekian....

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai
Datuk Bandar Kuching Utara