Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Mayor's MessageMayor's Message

PERUTUSAN TAHUN BARU 2018

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan…..


Syukur ke hadrat Illahi atas perkenanNya dan izinNya juga maka kita telah berada di tahun 2018...

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada seluruh warga Bandaraya Kuching serta seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara yang saya kasihi. Pejam celik, Tahun 2017 telah berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai lakaran dan sisipan memori yang terindah. Tidak juga dilupakan perit jerih yang telah kita harungi sepanjang tahun 2017, sesungguhnya liku dan ranjau yang kita lalui akan dijadikan teladan dan pedoman untuk menghadapi masa mendatang.

Pada tahun 2018 ini, marilah kita bersama-sama memulakannya dengan azam baru dan juga semangat baru... In Sha Allah, tahun 2018 akan menjadikan kita lebih beriltizam dalam mengukir pelbagai kejayaan yang bakal menanti. 

Sebagai upacara pembuka tirai untuk tahun 2018 ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara akan menganjurkan Majlis Agenda DBKU 2018 pada 26 hingga 28 Januari 2018 bertempat di Square Tower, Tebingan Sungai Kuching. Majlis yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik. Di antara aktiviti yang bakal disajikan kepada warga kota adalah Ekspo Pameran E-Government/Mini UTC, Ekspo Digital #MA2018, Pameran KomunitiKU, Soft Launching Ekspo Pameran dan Ekspo Digital #MA2018, Ceramah Perdana, DapurKU, Food Truck, Flea Market, DBKU On The Move (DOTM) : Kaunter Bergerak, Kiddies Corner, Games Pavilion, Let’s Ride With Chief Minister Of Sarawak, Unity Martial Arts Showcase, Perasmian Majlis Agenda DBKU 2018, Konsert Millenia 2018, Jom Berekot 2.0 dan The North Band Show.

Pada kesempatan ini, saya ingin menjemput seluruh warga Bandaraya Kuching untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Majlis Agenda DBKU 2018.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada seluruh warga Bandaraya Kuching. Semoga tahun 2018 ini bakal membawa barakah serta kesejahteraan kepada kita semua.

Sekian....


Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….


Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai
Datuk Bandar Kuching Utara