Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Air Pancut Berirama Darul Hana ikon baharu pelancongan Sarawak
Posted on : 17 Oct 2018  Source of News: the borneo post
 

KUCHING: Keunikan Tebingan Kuching sebagai ikon pelancongan kini diwarnai lagi dengan Air Pancut Berirama Darul Hana, yang dibina di hadapan tebingan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tarikan pelancongan baharu ini dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada malam ini, bersempena dengan sambutan hari lahir ke-82 beliau.

Hadir sama isteri Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg; Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta kenamaan lain.

Diilhamkan oleh Abang Johari, Air Pancut Berirama Darul Hana yang akan dipasangkan dua sesi setiap malam dalam tempoh 15 minit dari 8.30 dan 10.30, beroperasi menggunakan teknologi terkini di atas pontun selebar 100 meter.

Di atas pontun pula, disusun dengan beratus muncung yang berupaya memancutkan air setinggi 25 meter dari Sungai Sarawak.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang mana dinding air berketinggian 9 meter dan 80 meter panjang akan berfungsi sebagai latar belakang pancutan air.

Tarikan air di bahagian dinding direka bersama jubin khas akan memberi sentuhan semula jadi terhadap Air Pancut Berirama Darul Hana.

Dalam pada itu, Air Pancut Berirama Darul Hana juga mampu bergerak mengikut irama lagu yang dipadankan dengan kesan bunyi khas dan sistem pencahayaan yang penuh berwarna warni, mengikut kesesuaian majlis atau acara di masa akan datang.

Dengan keunikan ini, ditambah lagi dengan hiasan landskap yang cantik dan menarik, Air Pancut Berirama Darul Hana pasti akan lebih terserlah dan menjadi satu lagi mercu tanda menarik di bandar raya Kuching yang bakal memukau para pengunjung.

Tebingan Kuching juga memiliki tarikan pelancongan seperti Kubu Magherita, Square Tower, Astana Negeri, bangunan DUN dan Jambatan Darul Hana yang tersergam indah dengan penuh estetika dan warna warni.