Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
'Musical Fountain' karektor Kuching
Posted on : 17 Oct 2018  Source of News: Utusan Borneo
 


KUCHING: 'Musical Fountain' (Pancuran Air Berirama) Darul Hana bakal menjadi 'Karektor' bandar raya ini sebagai destinasi pelancongan yang lebih menarik.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ikon pelancongan baharu itu turut melengkapkan Jambatan Darul Hana yang juga dikenali sebagai 'S Bridge' menyeberangi Sungai Sarawak dari Dewan Undangan Negeri (DUN) ke Menara Kuching Waterfront Square.

"Musical Fountain ( Pancuran Air Berirama) ini bukan sahaja mampu meningkatkan tarikan dan keindahan Kuching, tetapi juga industri perlancongan di bandar raya ini," katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena Majlis Perasmian Pancuran Air Berirama Darul Hana yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Abdul Taib Mahmud di Kuching Waterfront malam kelmarin bersempena dengan ulang tahun ke-82nya.

Menurut Johari, pembinaan pancuran air itu merupakan insiatif Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kawasan di bandar raya ini sebagai punca tarikan pelancong.

"Waterfront ini merupakan pusat pertemuan pelancongan dan rakyat tempat berkunjung di mana ia jelas melambangkan keharmonian dan perpaduan karektor unik negeri ini," ujarnya.

Abang Johari memberitahu ikon baharu berkenaan akan beroperasi dan dimainkan setiap hari selama 15 minit iaitu pada jam8:30 malam dan 10:00 malam.

"Musical Fountain ini dibina dengan teknologi terkini dengan berupaya memancutkan air setinggi 25 meter dari sungai Sarawak serta mempunyai ciri-ciri unik tersendiri," jelasnya.

Pancuran air berirama Darul Hana yang dibina di hadapan tebingan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak itu mula dibina pada April lalu dan siap sepenuhnya bulanini. Pancuran air Berirama Darul Hana juga mampu bergerak mengikut irama lagu yang dipadankan dengan kesan bunyi khas dan sistem percahayaan berwarna-warni.

Majlis perasmian malam kelmarin turut menyaksikan TYT mengumumkan Pancuran Air Berirama itu dinamakan sebagai "Darul Hana Musical Fountain".