Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Larangan merokok di gerai, warung akan diikuti
Posted on : 19 Oct 2018  Source of News: Utusan Borneo
 


KUCHING: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di bandar raya ini akan mengikut langkah pengisytiharan kawasan larangan merokok di gerai serta warung terbuka di tepi jalan sekiranya ia diluluskan di Parlimen.

Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr Morshidi Ahmad berkata, bagi DBKU ia masih menunggu pengisytiharan dan akan memohon kepada Kementerian Kesihatan bagi pengisytiharan kedai kopi dan outlet makanan.

“Kita memang dalam proses ke arah itu dan sebelum ini memang insiatif berkenaan sudah ada iaitu lesen larangan merokok kepada premis makanan berhawa dingin namun belum ada bagi kedai atau outlet makanan terbuka.

“Sementara ini kita mendidik orang ramai terdahulu tentang larangan merokok di premis sehingga 1 Januari pelaksanaan sepenuhnya dan sejurus sahaja akta berkaitan diluluskan, kita akan mengikut langkah itu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Morshidi berkata, bagi DBKU ia tidak menjadi masalah kerana pihaknya telah bermula dari awal melalui program Zon Bebas Asap bersama pemilik makanan di bawah seliaannya.

Katanya malahan kini di bangunan Parlimen arahan larangan telah mula dikuatkuasakan yang menunjukkan kerajaan serius dalam tindakan.

“Kita akan mengikut langkah ini mengikut undang-undang penguatkuasaan di bawah kita.

“Sebaik sahaja undang-undang ini diendors kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dalam perkara ini,” tegasnya.

Namun pihak majlis katanya, berusaha menyediakan tempat khas kepada perokok sekiranya pelaksanaan dikuatkuasakan nanti.

Seperti DBKU, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) juga sama iaitu mengikut langkah seperti yang dinyatakan kerajaan persekutuan itu sekiranya ia diluluskan nanti.

Datuk Bandarnya Datuk James Chan berkata, buat masa ini polisi larangan merokok hanya kepada premis makanan yang berhawa dingin sahaja.

“Kini dengan langkah kerajaan persekutuan itu, ia memberi kebaikan kepada semua dan ia menghormati hak individu tidak merokok supaya dapat menikmati makanan dengan persekitaran tanpa asap rokok.  

“Bagi MBKS kita bekerjasama dengan medan selera terbuka atau pusat penjaja dengan meletakkan poster sebagai kesedaran.

“Kita tahu kadang-kadang perokok ini mereka ada hak juga tetapi kita memberi kesedaran dengan sentiasa ingat bahawa siapa di sebelah mereka agar tidak ada perokok kedua,” tegasnya sambil memberitahu, untuk melaksanakan larangan merokok itu ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk perokok sendiri dengan patuh kepada peraturan ditetapkan.

Sementara itu mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif dan kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, semua restoran termasuk tidak berhawa dingin, tidak terkecuali gerai mahupun warung makanan di tepi jalan turut akan diisytiharkan kawasan larangan merokok,” katanya