Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Cendol segera Sungai Bedil menangi tiga anugerah di Hari Inovasi Mardi 2018
Posted on : 26 Oct 2018  Source of News: utusan sarawak
 

KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Projek Cendol Segera Sungai Bedil berjaya merangkul tiga anugerah sempena Hari Inovasi Mardi 2018 yang berlangsung di Air Keroh, Melaka dari 8 hingga 10 Oktober lalu.

Tiga anugerah berkenaan ialah Anugerah Produk Paling Inovatif, Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Emas Kategori Inovatif.

Projek tersebut adalah usaha sama Mardi dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di bawah Program KumunitiKu.

Pengarah Mardi Negeri Sarawak Mohammad Noor Adros menyampaikan  ketiga-tiga anugerah itu kepada pengerusi Kejiranan Mesra DBKU l, Kampung Sungai Bedil Besar yang juga Pengerusi Projek Cendol Segera Sungai Bedil Besar Zamahari Saidi pada majlis jamuan cendol segera dan keropok cendol Sungai Bedil bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Projek Cendol Segera oleh Kawasan Jiran Mesra (KJM) Kampung Sungai Bedil dipilih bersama empat projek lain oleh DBKU daripada penyertaan sebanyak 15 buah projek di bawah DBKU pada tahun lepas

Menurut Zamahari projek itu dilaksanakan dengan geran kerajaan sebanyak RM20,000 dengan bantuan pihak Mardi setelah beberapa usaha untuk mengeringkan cendol menemui jalan buntu.

“Kami melihat Mardi sebagai rakan kami dan memohon kerjasama pihaknya untuk mendapat kepakaran penyelidikan untuk membantu dalam produk ini,” katanya.

Katanya, setelah enam bulan, Mardi berjaya menghasilkan formula yang sesuai dan mudah untuk di praktikkan apabila bukan sahaja cendol berkenaan mampu disediakan dalam masa yang singkat tetapi hasil usaha gigih penyelidik Mardi lahirnya juga keropok cendol.

Kini Cendol Segera Sungai Bedil boleh dinikmati sebagai minuman cendol atau keropok cendol.

Sementara itu, penjana terknologi, iaitu saintis prinsipal MARDI Kuching Dr Chun Hun Pin ketika ditemui semasa majlis itu berkata teknologi pemprosesan cendol kering berdasarkan teknik gelantinisasi cepat yang diubahsuai berasaskan kaedah asal.

Beliau berkata langkah utama pemprosesan termasuk pencampuran bahan mentah, teknik pengelatinan cepat, pembentukan, proses terma, pengeringan dan pembungkusan.