Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Cendol Sungai Bedil sapu tiga anugerah.
Posted on : 26 Oct 2018  Source of News: utusan sarawak
 

CENDOL SEGERA... Pengunjung Siti Asmah Abang Adenan menunjukkan Cendol Segera dan Keropok Cendol Sungai Bedil pada Majlis Jamuan Cendol Sungai Bedil di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching semalam.

KUCHING: Projek Cendol Segera Sungai Bedil telah dinobatkan sebagai Anugerah Produk Paling Inovatif, Persembahan Terbaik dan Anugerah Emas kategori Inovatif semasa Hari Inovasi MARDI 2018 di Melaka., baru-baru ini.

Projek berkenaan merupkan antara insiatif Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melalui Program KomunitikU oleh Kawasan Kejiranan Mesra (KJM).

Dalam pada itu, ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama Menteri Muda Undang-undang , hubungan Kerajaan Negeri -Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta rombongan menghadiri jamuan cendol segera dan keropok cendol Sungai Bedil di Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Terdahulu, Projek Cendol Segera Sungai Bedil telah dipilih bersama empat projek lain oleh DBKU daripada 15 projek ole KJM, DBKU pada 2017.

Kejayaannya membolehkan projek ini dilaksanakan dengan geran peruntukan RM20,000.

Justeru, bagi membolehkan projek ini dilaksanakan, KJM Kampung Sungai Bedil Besar telah berhubung dengan pihak MARDI setelah beberapa usaha untuk mengeringkan cendol menemui jalan buntu.

Dengan kerjasama MARDI dari segi kepakaran penyelidikan setelah enam bulan MARDI akhirnya berjaya menemui formula sesuai dan mudah untuk dipraktikan.

Kini, cendol segera Sungai Bedil boleh dinikmati sebagai minuman cendol atau keropok cendol hasil penjana teknologi, Dr, Chua Hun Pin, saintis Prinsipal MARDI Kuching.