Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


082-446688
aduan@dbku.gov.my
Peta Lokasi
Perutusan Datuk BandarPerutusan Datuk Bandar

PERUTUSAN

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan….. 

Terlebih dahulu pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam lembaran pada kali ini.

Bak kata pepatah, “Patah Tumbuh, Hilang Berganti”, berkuatkuasa pada 5 April 2017, Encik Jumaini Haili telah dilantik sebagai Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menggantikan Dr. Saadiah Abdul Samat, Pengarah DBKU yang Ke-5 yang dipindahkan ke Kementerian, Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti pada bulan April yang lalu. Beliau bukanlah muka baru kerana sebelum ini beliau telah menyandang tugas sebagai Ketua Timbalan Pengarah di DBKU.

Sebagai Pengarah DBKU yang baharu dan juga sebagai seorang pioneer di DBKU, saya percaya Encik Jumaini Haili mampu menggalas tugas untuk meneruskan legasi bagi menerajui DBKU untuk menjadi sebuah entiti yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga kota.

Selain daripada perlantikan Encik Jumaini Haili sebagai Pengarah,    DBKU juga turut menerima kehadiran seorang lagi Pegawai Kanan yang baharu iaitu Tuan Haji Hasbi bin Suhaili, sebelum ini beliau telah berkhidmat di Pelita Holding Sdn. Bhd.

Di kesempatan ini juga, saya serta seluruh warga kerja DBKU ingin mengucapkan tahniah serta kami amat mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Hasbi bin Suhaili ke DBKU. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas, semoga kehadiran Tuan Haji dapat menyemarakkan lagi semangat DBKU.

Justeru, segala idea dan cadangan amat kami nanti-nantikan daripada Tuan Haji. Semoga semangat baru daripada Tuan Haji dapat menjadi inspirasi dan aspirasi kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga kota.

Sebelum mengundur diri, kepada seluruh warga kerja DBKU, saya menyeru kepada anda semua agar terus memberi sokongan serta kerjasama yang terbaik buat kepimpinan kita yang baharu ini, iaitu kepada Encik Jumaini Haili dan juga kepada Tuan Haji Hasbi Bin Suhaili seperti mana yang telah anda berikan kepada para Pegawai Kanan DBKU yang lain nya.

Selamat Maju Jaya !

Sekian

Wassalam.....


DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA