Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Mayor's MessageMayor's Message

 PERUTUSAN LAMAN WEB DBKU EDISI NOVEMBER 2018

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh……

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan….

Alhamdulillah..... Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan rahmat, hidayah dan juga izinNya maka kita dapat dipertemukan sekali lagi dalam perutusan akhir tahun ini.

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, sedar tidak sedar ianya telah banyak meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis kepada kita semua.Pelbagai dugaan juga telah diredahi dan ditempuhi dalam usaha untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Banyak pencapaian telah dilakarkan serta diraih sepanjang tahun ini, terutamanya yang diperoleh oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Di antaranya adalah Anugerah EMAS Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini Wilayah Sarawak, Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah & Sarawak, Anugerah 5 Bintang pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan kreatif (KIK) Horizon Baharu Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Anugerah Inovasi Ketua Menteri Kategori Pihak Berkuasa Tempatan sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2018.

Selain daripada anugerah serta pencapaian, DBKU juga telah menjadi hos kepada acara yang bertaraf antarabangsa Siol International Mountain Bike Challenge dan tidak ketinggalan juga Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah.

Adalah menjadi harapan saya, penerimaan pelbagai pencapaian dan pengiktirafan serta penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa tidak akan berhenti di situ sahaja. Saya percaya ia akan menjadikan DBKU lebih tekun berusaha untuk menambahbaik serta mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang sedia ada bagi memastikan DBKU sentiasa konsisten dalam memberikan yang terbaik kepada seluruh warga kota.

Justeru, amalan budaya kerja yang positif serta penambahbaikan yang berterusan dalam tugas seharian hendaklah ditingkatkan lagi. Ini adalah kerana pada dasarnya ia akan menjadi pencetus kepada hasil kerja yang cemerlang dan sentiasa kompeten dalam menjalankan tugas.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja DBKU di atas komitmen dan kegigihan dalam menggalas tugas yang telah diamanahkan. Kejayaan yang kita lakarkan tidak akan lengkap tanpa komitmen padu dari seluruh warga kerja. Semoga kerjasama sangat erat ini dapat dikekalkan demi kesejahteraan organisasi kita. Munajat Saya,semoga DBKU kekal dalam lindungan Allah SWT dan semoga legasi DBKU dapat diteruskan sebagai sebuah organisasi yang sentiasa unggul dan terbilang di Sarawak.

 

Sekian….. Wassalam……

 

DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA