Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Soalan Lazim Berhubung Kontrak Dan PerolehanSoalan Lazim Berhubung Kontrak Dan Perolehan
1) S : Bagaimana untuk membeli dokumen tender/ sebutharga DBKU?
J : Melalui website DBKU secara atas talian (e-Tender)


   
2) S : Adakah perlu berdaftar sebelum membeli dokumen tender sebutharga DBKU?

J
: Perlu mendaftar kepada DBKU secara atas talian pada e-Tender DBKU.   Selepas pendaftaran diterima maka dokumen tender/ sebutharga boleh dibeli. 
     
3)
S
: Adakah pendaftaran ini berbayar?

J
: Tidak. Ianya adalah percuma.


   
4)
S
: Adakah pendaftaran ini untuk seumur hidup?

J
: Kontraktor perlu mendaftar semula dan disahkan oleh pegawai DBKU sijil pendaftaran UPKJ dan CIDB jika sijil tersebut telah luput dan diperbaharui.


   
5)
S
: Adakah petender/ kontraktor boleh menarik diri setelah menyertai tender/sebutharga DBKU/ setelah di awad tender/ sebutharga? 
  J : Tidak boleh. Petender/ kontraktor akan di gantung penyertaan untuk tempoh dua (2) tahun bagi kesalahan pertama, lima (5) tahun bagi kesalahan kedua dan pengantungan tetap untuk kesalahan kali ketiga.

     
6)
S : Apakah itu Tempoh Sah Laku Tender/ Sebutharga (Validity Period)?

J : Tempoh Sah Laku Tender/ Sebutharga adalah selama 90 hari. Dalam tempoh tersebut petender tidak dibenarkan untuk menarik diri. Jika menarik diri maka petender akan digantung penyertaan. Sila rujuk Soalan 2. Jika Tempoh Sah Laku Tender/ Sebutharga tamat dan masih belum di awad, DBKU boleh melanjutkan tempoh sah laku Tender/ Sebutharga dan petender boleh samada untuk menerima atau menolak penyambungan Tempoh Sah Laku tersebut. Mana-mana petender yang tidak mahu untuk melanjutkan Tempoh Sah Laku Tender/ Sebutharga maka dengan ini petender telah menarik diri dalam penyertaan tender/ sebutharga tersebut. Tiada tindakan akan dikenakan ke atas petender tersebut.




7)
S :
Siapa yang boleh menyertai tender/ sebutharga DBKU?
  J : Mana-mana kontraktor yang berdaftar dengan UPKJ di bawah Kelas dan Bidang yang bersesuaian untuk satu-satu projek.
       
8) S : Adakah Yuran Dokumen tender/ sebutharga dikembalikan?
  J : Tidak akan dikembalikan.
       
9) S : Siapa yang akan dikenakan Earnest Money?
  J : Kontraktor yang tidak berdaftar dengan UPKJ. Wang ini akan dikembalikan setelah kontraktor Berjaya di awad.
       
10) S : Berapakah jumlah Earnest Money dikenakan?
  J : Sebanyak 2 ½% daripada kos anggaran tender/ sebutharga atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
       
11) S : Sebanyak 2 ½% daripada kos anggaran tender/ sebutharga atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
  J : Earnest Money perlu di bayar dan dikemukakan sekali bersama dokumen tender/ sebutharga. Jika tidak dibayar maka tender/ sebutharga tersebut akan ditolak (disqualified).
       
12)
 S :
Pukul berapa dokumen tender/ sebutharga di tutup? Adakah dokumen tender/ sebutharga diterima selepas tarikh dan masa tutup?
   J :
Tepat pukul 12.00 tengah hari. Tidak akan diterima. Dokumen tender/ sebutharga yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dibuka.
       
13) S : Bagaimana untuk tahu jika tender/ sebutharga telah di awad?
  J : Boleh melayari website DBKU dan rujuk kepada e-Tender DBKU. Kontraktor yang Berjaya akan menerima Surat Setuju Terima.
       
14) S : Apa itu Wang Jaminan Pelaksanaan/ Performance Security?
  J : Wang Jaminan Pelaksanaan/ Performance Security adalah wang jaminan sebagai perlaksanaan sesuatu kerja. Sejumlah 5% daripada kos projek dikenakan kepada kontraktor dan ditahan untuk tempoh yang dinyatakan di dalam kontrak.