Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Director's messageDirector's message

PERUTUSAN

YANG BERBAHAGIA DR. HAJI MORSHIDI AHMAD

PENGARAH DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Sejahtera

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua maka pada tarikh 1 Ogos 2018, saya telah dilantik dengan rasminya sebagai Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang ketujuh bagi menggantikan Encik Jumaini Bin Haili yang bersara wajib.

Tarikh 1 Ogos 2008 ini bukan sahaja bermakna bagi diri saya, tetapi ianya merupakan tarikh yang sangat bersejarah buat Bandaraya Kuching kerana pada tarikh ini juga Bandaraya Kuching serta DBKU menyambut ulangtahun yang ke-30. 

Selaras dengan usia DBKU yang memasuki tahun ke-30 penubuhannya. Pada kesempatan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Pengarah DBKU, Yang Berusaha Encik Jumaini bin Haili yang telah meninggalkan DBKU dengan legasi pimpinannya yang tersendiri di mana beliau amat disayangi dan dihormati oleh seluruh warga kerja DBKU. Ekosistem perkhidmatan DBKU yang sangat produktif  di bawah pimpinan beliau akan saya galas dan teruskan legasinya agar DBKU akan tetap relevan dalam memberikan perkhidmatan serta sentiasa lestari seiring dengan peredaran zaman yang serba canggih ini.

Dalam kesyukuran ini, marilah kita sama-sama berkongsi manifestasi iltizam dan aspirasi Pengurusan Tertinggi DBKU untuk melakar paradigma baharu selaras dengan transformasi penyampaian perkhidmatan awam. Peranan warga kerja DBKU juga perlu seiring bagi menegaskan peri pentingnya transformasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan perkhidmatan dengan mengukuh dan menyusun semula organisasi mengikut perkembangan semasa.

DBKU sejak awal telah mempelopori Transformasi Penyampaian Perkhidmatan kepada warga kota dengan misi “Untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif, penglibatan warga kota dan penyampaian perkhidmatan terunggul”. Dengan itu, bagi menambat hati warga kota kelangsungan kecekapan pegawai dan warga kerja DBKU perlu diperkasa dari aspek kreativiti dan inovasi yang merupakan the rules of the games, maka pemerkasaan amat diperlukan dalam mencapai misi organisasi selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang efektif, efisyen, integriti dan responsif dalam memenuhi tuntutan dan permintaan yang tidak terhad.

Pada kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada seluruh warga kerja DBKU, marilah kita bersama-sama melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran serta minda terbuka agar berupaya memberi sumbangan kepada perkhidmatan dan produk yang berprestasi tinggi dengan bertunjangkan kepada integriti serta kebertanggungjawaban. Harapan menggunung saya, agar DBKU akan terus kekal relevan di persada global transformasi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada warga kota.

Justeru, saya mendoakan dan berharap warga DBKU dapat terus menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan sentiasa menerapkan semangat DBKU agar dapat memacu DBKU untuk terus mara dan tetap utuh sebagai sebuah organisasi yang cemerlang.

Selamat Ulangtahun DBKU dan Selamat Menyambut Hari Bandaraya Kuching yang ke-30!!!!

 

Wabillahi taufiq wal hidayah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

 

Dr. MORSHIDI AHMAD

PENGARAH DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA