Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Mayor's MessageMayor's Message

PERUTUSAN SAMBUTAN PERAYAAN GAWAI DAYAK DAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2018

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA


Bismillahirrahmanirrahim…..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

 

Oooohaaa….. Pertama sekali pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Gawai kepada seluruh anak sarawak yang berketurunan Dayak tidak kira di mana anda berada. Saya percaya Hari Gawai telah disambut dengan sungguh meriah sekali.

 

Alhamdullilah, dengan izin dan limpahNya, maka pada tahun ini kita telah diberikan peluang untuk bersama-sama menyambut dua perayaan secara serentak dalam bulan Jun ini iaitu perayaan Gawai Dayak dan juga Hari Raya Aidilfiri.

 

Sebagai penduduk Bandaraya Kuching yang juga merupakan sebuah Bandaraya Perpaduan, sudah semestinya kedua-dua perayaan ini disambut dengan meriah sekali. Saya percaya ramai anak Sarawak kembali ke kampung halaman bagi meraikan Hari Gawai dan juga Hari Raya Aidilfiri bersama ahli keluarga tercinta.

 

Kepelbagaian budaya, keturunan dan agama bukanlah penghalang untuk kita menjadi sebuah masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana aman dan juga harmoni. Sebagai warga Bandaraya Kuching yang sentiasa menghargai keamanan dan keharmonian, kita amat bersyukur kerana penduduk yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan agama dapat meraikan perayaan mengikut agama dan tradisi masing-masing.

 

Justeru, saya amat yakin bahawa seluruh warga Bandaraya Kuching juga turut berkongsi kegembiraan dalam menyambut perayaan Gawai Dayak dan juga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

 

Kepada semua warga kerja dan warga Bandaraya Kuching yang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya dan sentiasalah mengutamakan keselamatan diri serta orang yang disayangi semasa musim perayaan ini. Di samping itu, berbelanjalah dengan penuh berhemah, elakkan daripada membeli barangan dan keperluan yang tidak diperlukan dan juga elakkanlah daripada berlakunya pembaziran.

 

Akhir kata, saya serta seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan rendah hati menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf dan seikhlas hati semurni kasih menyampaikan ucapan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN” kepada seluruh umat Islam dan juga warga kota Bandaraya Kuching.

 

Sekian.

 

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…..

 

DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

Datuk Bandar Kuching Utara